cuti, mahu buat apa?

assalamu'alaikum w.b.t hari nih hari cuti sedunia. oh tidak. sy tersilap. huhu. hari ni hari cuti semalaysia. nuzul alquran. alhamdulillah.... syukur sgt2... aku masih lagi diberi peluang menghela nafas di dunia yang fana ini... ya robbi, tenangkan hatiku...


cuti. cuti. blaja. blaja. bile kite cuti, kite pun xde kelas... tapi AWAS!! jgn buang masa waktu cuti. huhu...kebiasaannya pada waktu cuti ni lah.. kita nak dptkn est. betul x? apa itu est? haha... extra sleeping time...
aku rasa baiklah kita wat perkara bermanfaat spnjng bulan ramadhan yang mulia nih... jgn lah asyik tdow je spnjg hari. allah dah berfirman, hari siang memang diciptakan untuk umat islam(manusia) bertebaran mencari rezeki dan nikmatNya berpandukan syariat dan termasuklah juga mencari perkara2 yang berfaedah.

Lebih2 lg skg bulan ramadhan... byk kan masa kita semua dengan memanfaatkannya ke jalan ALLAH. insya-Allah... sedar tak sedar dah msuk 17 ramadhan... ya allah, rasa macam tlalu pantas waktu berlalu... bulan ramadhan yang penuh barokah ini... tlalu mulia bulan ini nk dibandingkan dgn bulan lain. rasa syahdu sgt dan nikmat bila kita menghadapi bulan ini dengan penuh rasa ketaqwaan dan keimanan yang setulusnya kepada ALLAH.

Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

p/s: esok insya-ALLAH akan menyertai program amal SHARE US YOUR LOVE. doa ku agar dpt memanfaatkan program tersebut dgn sebaik mungkin. salam... :) tekan ini--> untuk INFO NUZUL AL-QURAN & LAILATUL QADAR

0 kumat-kamit mentera: