ya allah.... aku terkejut sgt dgn kekuasaan allah.... subhanallah.
jadikan sebagai pedoman, hayatilah shbt2 sekalian....
cuti, mahu buat apa?
assalamu'alaikum w.b.t hari nih hari cuti sedunia. oh tidak. sy tersilap. huhu. hari ni hari cuti semalaysia. nuzul alquran. alhamdulillah.... syukur sgt2... aku masih lagi diberi peluang menghela nafas di dunia yang fana ini... ya robbi, tenangkan hatiku...
cuti. cuti. blaja. blaja. bile kite cuti, kite pun xde kelas... tapi AWAS!! jgn buang masa waktu cuti. huhu...kebiasaannya pada waktu cuti ni lah.. kita nak dptkn est. betul x? apa itu est? haha... extra sleeping time...
aku rasa baiklah kita wat perkara bermanfaat spnjng bulan ramadhan yang mulia nih... jgn lah asyik tdow je spnjg hari. allah dah berfirman, hari siang memang diciptakan untuk umat islam(manusia) bertebaran mencari rezeki dan nikmatNya berpandukan syariat dan termasuklah juga mencari perkara2 yang berfaedah.
Lebih2 lg skg bulan ramadhan... byk kan masa kita semua dengan memanfaatkannya ke jalan ALLAH. insya-Allah... sedar tak sedar dah msuk 17 ramadhan... ya allah, rasa macam tlalu pantas waktu berlalu... bulan ramadhan yang penuh barokah ini... tlalu mulia bulan ini nk dibandingkan dgn bulan lain. rasa syahdu sgt dan nikmat bila kita menghadapi bulan ini dengan penuh rasa ketaqwaan dan keimanan yang setulusnya kepada ALLAH.
Nuzul Al-Quran
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
dugaan...
disebabkan kecuaian... aku xfull mark sume mende... perrghhhh... hampa gyla dlm hati...
lagi 4 tempat....
mari idamkan harapan penuh kegununungan... :)
farah wahidah razali, kuatkan imanmu selalu...
pagi tadi...
dapat surat MARA. cek claim duit laptop dah dapat. alhamdulillah... boleh lah bagi mak duit tu buat belanja gi haji if ade rezeki nanti...
syukur sgt3... smpi xdpt digmbarkan melalui kata2.
farah, kuatkan imanmu selalu... bentak hatiku saban hari... aku mahu berhijrah menjadi insan yang lebih baik... insya-ALLAH. xmahu lagi menjadi insan-Nya yang hilang arah dan pedoman hidup. aku mahu mencari nur kasih-NYA sebagai bekalanku di akhirat kelak.
aku cukup terharu.
aku cukup gembira.
kegembiraan mak tadi jelas tenpancar di wajahnya. kegembiraan mak itulah kegembiraan ku jua. walaupun kini aku sedang pahit menerima suatu keadaan yang tidak pernah daku alami, namun sedkit sebanyak kepahitan itu terlerai jua akhirnya. aku gembira dibesarkan dlm keluargaku... aku gembira dikurniakan seorang ibu yang tidak putus2 sentiasa memberikan nasihat yang berharga buat anak2 nya...
"mak, farah akan hadiahkan segunung kejayaan farah nanti buat mak..." insya-ALLAH...
hanya satu impianku... buat mak gembira kelak selepas aku berjaya mencapai impianku... menjadi jurutera yang terbaik. insya-ALLAH... aku nk senangkan hidup mak yang sudah puas bersusah payah dan berjerih perih membesarkan kami 7 org adik-beradik.
"ya allah, kuatkan hatiku ya allah.. kuatkan hati insan bernama farah wahidah razali ini ya allah, supaya tidak lagi gentar dan mengharap org lain selain drpd-Mu Ya ALLAH, ya tuhanku... dugaan sebegini kau timpakan untuk aku sebenarnya terlalu kecil nk dibandingkan dengan dugaan yang dilalui umat ISLAM saudara2 kita di Palestine sana... kuatkan hatiku seperti rasulMu, Ya ALLAH.kuatkan hatiku seperti pemimpin terbaik, ALFATEH dan pemimpin2 yang seangkatan dengannya.....pimpin lah hati ini selalu ya allah..."
p/s: we just have to open our eyes our heart and mind...
Tertarik Dgn Isinya... Sgt Tertarik...
Sahabat Sejati-UNIC
Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi
Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini
Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya
Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi
ini semua memang mencabar kesabaran hatiku...
ini semua mmg mencabar kesabaran hatiku...
aku TETAP akan terus BERSABAR...
assalamu'alaikum.... alhamdulillah... bulan ramadhan telah pun menjejaki waktu kita kini... bersyukur sgt3 ke hadrat-Nya memberi peluang tuk kita semua baiki balik diri kita dalam bulan ramadhan ini...
tempat ku mengadu...
ya allah... terlalu byk komitmen.... yg perlu aku laksanakan untuk masa yg terdekat ini...
Lukisan Alam...
investment terbaik punyaa!!