hati yang kau sakiti...

assalamu'alaikum w.b.t.... sudah tlalu lama rasanya aku membiarkan blog aku nih usang dimamah usia... haha... bahasa cam ape jekk... xpelah, yang penting bahasa jiwa bangsa.... post kali nih, agak berbeza dgn post2 aku sebelum nih yang cukup membosankan.... yang langsung tiada nilai2 ukhrawi di dalamnya. aku terpanggil utk menulis post nih... harap korang hayati dan fahami....

hati yang kau sakiti. ini memang tajuk lagu. tp aku bukan nak tulis pasal rumusan lagu rossa tuh ye. haha...

"Ketahuilah, sesungguhnya di dlm badan itu ada seketul daging, apabila ia baik, maka baiklah seluruh badan, Dan apabila ia rosak, rosaklah seluruh badan. Ketahuilah, ia adalah HATI."
-Riwayat AlBukhari dan Muslim.



astaghfirullahal'azim.... usia remaja ku kini bagaikan suatu cermin yang menggambarkan hati ku sendiri.... terlalu banyak dosa yang dilakukan di dalam kehidupan seharian ku ini....

KESAN DOSA PADA HATI
Setiap kali kita melakukan dosa, akan adalah satu titik hitam yang melekat dalam hati kita ni. Semakin banyak kita lakukan dosa, semakin hitam lah hati kita dipenuhi dengan titik-titik hitam itu... Dan semakin lama ianya semakin menguasai hati kita sendiri. Dan akibatnya, kita sukar menerima kebaikan dan beramal dengan ALLAH. Pada masa yang sama kita juga secara xlangsung lebih suka melakukan kemaksiatan dan perbuatan yang sia-sia.

Apabila kita melakukan kebaikan, dan kita merasakan cukup manis dan tenang... Apabila kita melakukan dosa, hati kita berasa tidak selesa dan tidak senang...
Itulah erti kelazatan iman yang sebenar....

Namun apabila hati kita berasa runsing ketika berbuat kebaikan dan berasa cukup terhibur dan seronok berbuat dosa, hati kita sebenarnya sudah mempunyai satu sakit kronik yang sukar untuk dirawat....

Segeralah bertaubat dan mencari keredhaan ALLAH dengan menuju ke jalan-Nya yang benar.... Insya-ALLAH, you'll find your way... Dengan bertaubat dan kembali ke jalan-Nya, setiap titik hitam yang menggelapkan hati kita akan hilang sedikit demi sedikit. Masya-Allah, terlalu besar hikmah yang ALLAH jadikan daripada perbuatan taubat seorang hamba-Nya.

p/s: sekadar mengulas kembali apa yang aku baca kat majalah solusi. :)

terharu mendengar kata-katanya

mungkin post aku kali ni xlah melibatkan semua org. namun yang demikian, aku mahu juga menceritakan perihal aku yang cukup terharu dgn mendengar kata2 seseorang yang amat aku sayangi, selain mak dan keluarga....

"abang rasa bertanggungjawab kat farah..."

ohh ya allah, alhamdulillah.... aku syukur sangat2.... dia terlalu baik untukku. aku xdapat bayangkan kalau.... harap2 dijauhkan... insya-allah hubungan nih berkekalan sehingga ke akhirnya.

dari awal lagi, dia seseorang yang sangat memahami diriku ini... mungkin kadang2 sabar nya xcukup tuk melayan kerenahku ini, namun dia masih lagi menyayangi diriku ini dari hatinya yang tulus.... aku sayang kan dia... dan aku harap, hubungan kami nih berkekalan. aminn....

bila aku berubah muka, dialah orang pertama yang cuba memujuk diriku ini. dialah orang pertama yang perasan kesedihan aku pada waktu itu....

bila aku gembira, dialah yang hadir menyerikan lagi kegembiraan diriku ini. walau kadang2 aku nih cam sensitif sikit. tp dia masih, mencuba membuatkan yang terbaik untukku...

kadang2 aku rasa aku nih cukup kejam melayan dia. yang kadang2 merasakan apa yang diberikan itu, semuanya masih belum cukup. hurrmmm.... namun aku tahu, segala apa yang dilakukan itu sudah cukup besar maknanya bagiku. dan aku xmahu kehilangan dia.

doakan kami akan berkekalan sehingga ke akhirnya....

dia yang dimaksudkan ialah MOHAMAD SYAZWAN SYAFIQ....
sy sayangkan abg.... :)