khas untukmu...


Assalamu'alaikum, sahabat2 sekalian. tibe2 bangun je dr tertidur tgh hari td... terdetik di dalam hati ku untuk mengupdate blog ini. tapi kali nih agak special bbanding post2 ku yg terdahulu. post ini tentang seorang insan, yang terlalu istimewa di dalam hatiku... dia laa yg bertakhta di hatiku sejak aku mula pandai bertatih dan sejak aku mula membuka mata melihat alam ini. Insan ini bernama, Latipah bte Md. Isa.
mak, farah tahu...

farah banyak membebankan mak. mak telah mengandungkan farah selama 9 bulan, dan pada ketika itu hidup kita susah sgt. mak, mintak maaf mak sbb farah tpaksa mnumpang hidup di perutmu hanya sekadar mak ingin melihat farah dilahirkan. dgn kepayahan itu, mak masih lagi kuat dan tabah. mencari sesuap rezeki untuk keluarga. farah sayang mak, sayang sangat2 mak.

ketika farah semakin menginjak usia remaja, mungkin banyak kali farah pernah terkasar bahasa dgn mak. maafkan farah ye mak, farah bukannye sengaja. tapi, mungkin kerana farah blum matang sepnuhnye sehingga farah sanggup kadang2 melukakan dirimu yang sebenar nya amat farah sayang. tiada insan lain yang farah lebih sayang berbanding mak. mak banyak bagi farah semangat untuk hidup. pernah dalam hidup nih, farah kecewa kerana beberapa perkara. tapi, mak masih memberi semangat dan ruang nafas baru untuk farah terus menggapai kebahagiaan.

maafkan farah sebab tak dapat realisasikan harapan mak melihat farah melanjutkan pelajaran ke luar negara. bukan rezeki farah mak... mintak maaf sgt2... hanya itu jela yang dapat farah ucapkan. insya-Allah, kalau ade rezeki, farah akan melanjutkan pljrn pd peringkat MASTER ke luar negara. mak doakan kejayaan farah ye mak..

mak banyak berkorban demi kejayaan anak2 mak. mak memang insan paling istimewa di hati kami semua, anak-anakmu... TERIMA KASIH mak untuk segalanya. mak laa ayah, mak laa ibu bagi kami. MINTA MAAF dr ujung rambut sampai ke hujung kaki andai farah pernah mengguris perasaan mak. Semoga Allah sentiasa memberkati hidup mak dunia dan akhirat... Insya-Allah, Amin...
- Selamat Hari Ibu, Mak... Thanx for everything... -
"disaat kita berjauhan,
rasa ingin ku berlari,
mendakapimu penuh girang,
bak si kecil kehilangan,
kau insan penyayang,
betapa ku mengharap,
hadirnya restumu ibu,
membawa ku ke syurga..."

0 kumat-kamit mentera: