...: Selamat Menyambut Awal Muharram :...


~~ Best Lagu Nih... Lagu aku mase kecik2... ~~

Muharram, Safar, Rabiul-Awal, Rabiul-Akhir, Jamadil-Awal, Jamadil-Akhir, Rejab, Sya'ban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah... Inilah dia petikan dari lagu nasyid yang bertajuk, "Bulan-Bulan Islam"... Lagu ini menjadi siulan kanak-kanak mahupun remaja dan ianya memudahkan untuk remaja-remaja Islam untuk lebih mengenali apa dia Islam yang sebenar... Alhamdulillah, aku mengucap syukur ke hadrat Ilahi, kerana diberi peluang untuk memasuki tahun baru Islam ataupun lebih dikenali sebagai Awal Muharram. Bagaikan baru semalam kita menempuh 1 Muharram 1429 Hijrah, tetapi masa itu bagaikan kilat yang berlalu terlalu pantas.... Dan kini, kita sudahpun berada di dalam bulan baharu, tahun baharu, dan tahun kemenangan umat Islam hendaknya... 1 Muharram 1430 Hijrah...

Terdetik sahaja azan Maghrib yang berkumandang lebih kurang pukul 730 tadi menandakan usia bumi sudah semakin tua. Dan begitu juga kita. 1429 Hijrah merakam sedikit sebanyak kenangan pahit dan manis ke atas diri kita semua. Begitu juga terhadap diri aku sendiri. Aku mula memahami erti HIJRAH yang selalu diulas oleh Ustazah Norasyikin di dalam kelas... Mungkin tahun lepas, 1429 Hijrah, merupakan tahun yang tidak terlalu menyenangkan kita dan kita berasa diri kita agak jahil. Masa berputar laju. Jangan lepaskan peluang untuk kembali bertaubat kepada Allah S.W.T dan kembali sujud pada-Nya, Yang Maha Esa... Insya-Allah Allah Maha Pengampun dan akan mengampunkan setiap dosa hamba-hambaNya yang kembali ke jalan yang benar...

Aku menggenggam satu tekad... Aku mahu berubah. Aku mahu berubah daripada tidak baik menjadi yang lebih baik. Aku ingin sekali mengecapi ketenangan hati dan akal fikiran seperti tenangnya hati Ya Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya... Aku ingin menjadi hamba-Nya yang solehah di samping beriman dan bertaqwa kepada-Nya. Amin... Itulah azam aku. Sekiranya azam aku ini dapat aku pastikan ia sehingga ke akhirnya, aku yakin dengan janji ALLAH. -Akan bahagialah orang yang selalu beriman dan bertaqwa kepada-Nya...- Semoga Allah melindungi aku dengan lindungan rahmat dan kasih sayang-Nya... Semoga hayatku diakhirkan dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.
...: Azam Aku :...
1. Menjadi hamba Allah yang beriman dan bertakwa
2. Menjadi anak yang solehah
3. Melakukan yang terbaik dalam semua perkara
4. Menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat

Doa Awal Muharram >>>>>

"Segala puji hanya bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.


Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.


Ya Allah ,


Engkaulah yang kekal abadi untuk selama2nya.


Demi kelebihanmu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah ,


Sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya , tenteranya dan penolongnya.


Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.


Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w ,serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.


Segala puji hanya bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam,..


Aminnn..."

Korang bantulah aku agar aku
sentiasa di landasan-Nya yang benar...

Jangan lupa untuk berpuasa
pada 10 Muharram 1430 H [ Hari Asyura ]


3 kumat-kamit mentera:

맆키 알파지라 Monday, December 29, 2008  

salam Maal Hijrah kak fawa .
mudah mudahan apa yang di hajati di perkenankan oleh-Nya .
Amin .

lagi satu,
kalau dah dapat kerja dan dah ada gaji kan, jangan lupa belanja reef makan makan ye .
HEHE . ;P
saja nak menggatal dengan kak fawa jap . (:

apa apa pun, terima kasih kerana meningatkan untuk puasa sunat .
insya allah di tunaikan [kalau tak ada cecair merah (:] .
HEHE .

salam .

farah wahidah Monday, December 29, 2008  

owh..
boleh klu nk belanje..
juz doakan laa akk dpt keje..
daa byk tempat apply.
x dpt2 lg.
herrmm...
haha...
sme2 laa kite puase sunat ek.
klu xde yg 'mghalang'
=P

Nabilah Asyiqin :D Monday, December 29, 2008  

thx kak fawa..
nnt klau da dpt keje,
jgn lpe blanje neb..haha:)
keep in touch keyh..


muahhhhh!!!!
thx gain:D
NABILAH ASYIQIN