Rezeki Mereka... Alhamdulillah...

Rabu, 17 Disember 2008... Malam tuh, aku agak dilanda kebosanan... Aku mula menekan butang ON pada komputer yang terletak di ruang tamu kedua rumahku... Yahoo! Mesengger terpampang di skrin komputerku. Aku lantas memasukkan email dan password ku sebagai kunci untuk sign in... huhu... Mase tengah check2 email, ade orang buzz aku... Aku lantas melihat siapakah orangnya itu... Owh, nisah... Nur Hanisah binti Kamaluddin, my roomate in MRSM Muar... Aku pun mulalah menekan kekunci2 yang terdapat di papan kekunci yang mungkin sudah hampir 3 tahun digunakan...

fawa: kau bwat ape skrg?
nisah: tgh fikir nak pegi spc ke plkn

fawa: result daa kuar ek? ko dapat ke

nisah: a'ah

nisah: inez pun dapat...

fawa: mak ko ckp ape?

nisah: mak aku suruh pergi...
fawa: then, pegi jelaah.. drpd aku nih, tah dapat tah tidak uniten tuh... sume org xtau lg.

nisah: lepas nih, mesti lg byk peluang ko dpt
fawa: amin.insya-ALLAH.
Setelah agak lama menunggu,
nisah: ok, aku daa decide nk pergi.
fawa: hah camtulah... daa ade decision.! aku doakan ko. gudluck yeah...
nisah: thanx.
fawa: oklah, nisah. aku nak pegi solat dulu.
nisah: ok, bye2.
fawa: wassalam...

Perbualan kami berakhir setakat di situ sahaja. Lama aku termenung di hadapan skrin komputer. Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Aku masih lagi belum menunaikan Solat Isya'.
Herm... Aku fikirkan keadaan diriku sekarang. Aku juga merupakan calon Skim Pelajar Cemerlang (SPC) program yang dianjurkan sepenuhnya di bawah MARA berdasarkan keputusan trial mara spm. Aku memohon program Khas MARA Uniten yang menjanjikan biasiswa ke luar negara untuk sesiapa yang berjaya... Tapi masalahnya, sampai sekarang keputusan untuk program tersebut masih belum dikeluarkan... Apalah pengakhiran permohonan ku ini nanti? Aku ada juga berharap agar permohonan aku berjaya dan aku bakal terpilih untuk meneruskan pengajianku di bawah program tersebut. Tapi, semuanye bergantung kepada takdir dan rezeki. Aku redha dengan ketentuan-Nya....

"Ya Tuhanku, jika rezekiku berada di atas langit,
maka turunkanlah, dan jika berada di dalam perut bumi maka keluarkanlah,
dan jika sukar maka mudahkanlah,
jika haram maka sucikanlah, jika masih jauh maka dekatkanlah"
- Dipetik daripada doa solat sunat Dhuha -

0 kumat-kamit mentera: